Tuesday, December 22, 2009
Bercuti di KL
Minggu ni saje turun ke KL dan melawat Taman Arnab (Rabbit Fun Land) di Semenyih. Pertama kali makan sate, sosej dan stew arnab. Seronok melawat Taman arnab terbesar di Malaysia. Lepas tu pegi kat Plaza Low Yat, Bukit Bintang nak tengok telefon. cadang nak ganti telefon yang dah rosak.
Perigi Hang Tuah
Sunday, November 29, 2009
Sekitar program ibadat korban di masjid
HIKMAH IBADAT KORBAN
Islam mensyariatkan ibadat korban ini sebagai satu ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata’ala, di samping mengekalkan ingatan kita akan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam sebagai satu ujian dari Allah subhanahu wata’ala kepada hamba-hamba-Nya yang taat.
Di antara fadilat korban yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termidzi, daripada Aisyah Radiallahuanha bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
"Tiada ada suatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah Subhanahu Wata’ala dari menumpahkan darah. Bahawasanya ia (korban itu) datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya dan bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wata’ala sebelum darah itu tumpah ke bumi, oleh kerana itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih."
Jelaslah kepada kita bahawa ibadat korban adalah merupakan suatu ibadat atau amalan yang disukai oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan yang setentunya mendapat kemuliaan di sisi Allah Subhanahu Wata’ala di hari kiamat kelak. Melakukan ibadat korban itu akan menambah lagi amal kebajikan yang kita lakukan di samping ianya sebagai penebus dosa-dosa kita sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:
"Wahai Fatimah! Pergilah kepada korbanmu dan saksikanlah, sesungguhnya bagimu keampunan daripada Allah terhadap dosa-dosamu yang telah lalu dengan bermulanya titisan darah korban itu. Fatimah berkata: Wahai Rasulullah! Adakah ini khas untuk ahli bait (keluarga Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam) sahaja atau untuk kita semua dan seluruh umat Islam? Nabi sallallahu alaihi wasallam menjawab: Bahkan untuk kita semua dan semua umat Islam." (Riwayat Al-Imam Al-Bazar dan Al-Imam Ibnu Hibban).
Melaksanakan ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan bukan sahaja sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah subhanahu wata’ala yang telah melebihkan rezeki kepada kita, tetapi di dalamnya ada rahsia hidup bermasyarakat. Daging korban itu akan menghubungkan talian kasih sayang yang sangat rapat di antara si pemberi dengan si penerima, khususnya yang mempunyai kemampuan dan kurang mampu.
Selain mengeratkan silaturahim sesama Islam, ibadat korban dapat merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta. Sifat-sifat yang buruk ini boleh menjerumuskan manusia untuk melakukan perbuatan keji seperti penindasan, rasuah, penipuan dan lain-lain sifat keji yang patut kita hindarkan.
Jelaslah kepada kita umat Islam bahawa ibadat korban itu dapat membersihkan jiwa manusia dari sifat keji, di samping menggilap kembali sifat kemanusiaan yang murni, kerana berkorban benar-benar berkehendakkan keikhlasan dan kemurahan hati. Bukan senang untuk mengorbankan harta, kalau hati tidak bersih daripada sifat bakhil atau sayangkan harta. Dan boleh juga menyemaikan benih kasih sayang dan timbang rasa sesama manusia di mana ia boleh merapatkan yang jauh dan mengeratkan yang dekat.
Wednesday, October 7, 2009
Sekitar Gambar Perkahwinan Adik Noradha pada 3 Okt. 2009
KENAPA SYAITAN MENANGIS?
Dialah Allah yang menciptakan
Bagi kamu pasang-pasang (jodoh)
Dari makhluk (jenis) kamu sendiri
Agar kamu condong kepadanya
Dan merasa tenteram dengannya.
Kemudian Allah menciptakan
Rasa sayang di antara kamu. (Ar-Rum: 21)
Berkahwin sudah menjadi fitrah semula jadi yang Allah fardukan dalam hidup manusia di duniawi ini. Sesiapa yang mengatakan dia senang hidup membujang seumur hidup, seronok dan enjoy tanpa berkahwin maknanya dia menentang arus fitrah semula jadi.
Perkahwinan ialah jalan keluar untuk menyelamatkan manusia dari godaan nafsu syaitan. Imam Al-Ghazali menyatakan tujuan perkahwianan ialah untuk memberitahu manusia akan nikmat di akhirat kerana “jimak”adalah nikmat Allah di syurga yang diberi rasa nikmat itu sedikit di dunia.
Apabila berkahwin anak Adam maka menangis dan menjeritlah syaitan. Hilanglah peluangnya untuk menyesatkan anak Adam melalui nafsu syahwat yang selama ini menjadi umpannya yang paling berkesan untuk menyesatkan dan menjerumuskan manusia ke lembah maksiat.
Tujuan mengadakan kenduri kahwin supaya tidak timbulnya fitnah manusia. Rasulullah suka majlis yang mulia ini dihebah-hebah kepada masyarakat. Mengadakan kenduri sempena majlis perkahwinan ini adalah sunnah Rasulullah iaitu hukumnya sunat dan berpahala.
Selain dari tu, majlis yang kita laksanakan bukan saja untuk bersuka-suka tetapi besar ertinya kepada fakir miskin. Rasulullah ada mengingatkan umatnya bahawa jamuan yang paling dicela oleh Allah apabila undangannya terdiri daripada orang-orang kaya dan ternama sahaja. sebagaiman sabda baginda yang bermaksud:
“Sebusuk-busuk makanan ialah makanan perjamuan yang diundang orang-orang kaya dan dibiarkan orang miskin.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebaik-baiknya undanglah kedua-dua belah pihak (kaya dan miskin) agar menambahkan silaturrahim antara kedua-dua martabat manusia ini. Inilah salah satu hikmah mengapa seseorang itu diwajibkan hadir ke majlis walimah yang benar-benar menepati landasan syariat dan ditegah menolak undangan tersebut. Hal ini telah diingatkan oleh RAsulullah s.a.w.
“Sesiapa tidak datang ke undangan (kahwin) maka sesungguhnya derhakalah ia kepada Allah dan Rasulnya.”
Sepatutnya setiap perkahwinan antara dua insan (lelaki dan perempuan) syaitan akan menangis, sebaliknya syaitan yang menang dan gembira akibat kita membelakangkan syariat dan ketetapan Allah.
Tuesday, September 15, 2009
Menyambut Aidilfitri
Gambar masa raya 2 tahun lepas.
Tinggal beberapa hari lagi raya, persiapan raya tak buat lagi sebab esok masih kerja. Lusa baru mula cuti dan balik ke Chendering, Kuala Terengganu. Ada masa dua hari sebelum raya bolehlah buat persiapan. Raya pertama akan beraya di rumah sendiri , pagi tu pegi sembahyang raya dulu kemudian ke kubur arwah nenek abang Zul . Emak dan ayah mertua akan datang dari Kerteh sebab adik beradik ipar lain balik kampung keluarga masing-masing. Petang tu atau raya kedua baru bertolak ke Jengka, Pahang ke rumah emak. Lepas tu akan menziarahi kubur arwah abah.
Monday, September 7, 2009
Selamat Menghadapi UPSR 2009
Esok, Zura akan mula menghadapi peperiksaan UPSR 2009. Emak dan abah mendoakan semoga dapat menjawab soalan dengan tenang. Insyaallah, akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti.