Wednesday, October 7, 2009

Sekitar Gambar Perkahwinan Adik Noradha pada 3 Okt. 2009




KENAPA SYAITAN MENANGIS?

Oktober 6th, 2009

Dialah Allah yang menciptakan

Bagi kamu pasang-pasang (jodoh)

Dari makhluk (jenis) kamu sendiri

Agar kamu condong kepadanya

Dan merasa tenteram dengannya.

Kemudian Allah menciptakan

Rasa sayang di antara kamu. (Ar-Rum: 21)

Berkahwin sudah menjadi fitrah semula jadi yang Allah fardukan dalam hidup manusia di duniawi ini. Sesiapa yang mengatakan dia senang hidup membujang seumur hidup, seronok dan enjoy tanpa berkahwin maknanya dia menentang arus fitrah semula jadi.

Perkahwinan ialah jalan keluar untuk menyelamatkan manusia dari godaan nafsu syaitan. Imam Al-Ghazali menyatakan tujuan perkahwianan ialah untuk memberitahu manusia akan nikmat di akhirat kerana “jimak”adalah nikmat Allah di syurga yang diberi rasa nikmat itu sedikit di dunia.

Apabila berkahwin anak Adam maka menangis dan menjeritlah syaitan. Hilanglah peluangnya untuk menyesatkan anak Adam melalui nafsu syahwat yang selama ini menjadi umpannya yang paling berkesan untuk menyesatkan dan menjerumuskan manusia ke lembah maksiat.

Tujuan mengadakan kenduri kahwin supaya tidak timbulnya fitnah manusia. Rasulullah suka majlis yang mulia ini dihebah-hebah kepada masyarakat. Mengadakan kenduri sempena majlis perkahwinan ini adalah sunnah Rasulullah iaitu hukumnya sunat dan berpahala.

Selain dari tu, majlis yang kita laksanakan bukan saja untuk bersuka-suka tetapi besar ertinya kepada fakir miskin. Rasulullah ada mengingatkan umatnya bahawa jamuan yang paling dicela oleh Allah apabila undangannya terdiri daripada orang-orang kaya dan ternama sahaja. sebagaiman sabda baginda yang bermaksud:

“Sebusuk-busuk makanan ialah makanan perjamuan yang diundang orang-orang kaya dan dibiarkan orang miskin.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebaik-baiknya undanglah kedua-dua belah pihak (kaya dan miskin) agar menambahkan silaturrahim antara kedua-dua martabat manusia ini. Inilah salah satu hikmah mengapa seseorang itu diwajibkan hadir ke majlis walimah yang benar-benar menepati landasan syariat dan ditegah menolak undangan tersebut. Hal ini telah diingatkan oleh RAsulullah s.a.w.

“Sesiapa tidak datang ke undangan (kahwin) maka sesungguhnya derhakalah ia kepada Allah dan Rasulnya.”

Sepatutnya setiap perkahwinan antara dua insan (lelaki dan perempuan) syaitan akan menangis, sebaliknya syaitan yang menang dan gembira akibat kita membelakangkan syariat dan ketetapan Allah.

Hari Raya Idul Fitri 2009