Di Jeti Pangkor dalam perjalan balik ke Lumut.
Dihadapan bangunan Kota Belanda.
Friday, February 19, 2010
PERCUTIAN PULAU PANGKOR
PERCUTIAN DI PULAU PANGKOR
Pada cuti Tahun Baru China kami sekeluarga berpeluang bercuti di Pulau Pangkor. Bertolak dari Kemaman pada 12/2/10, pukul 8.30 pagi ikut jalan lebuhraya pantai timur dan terus ke jalan Genting-Batang Kali dan keluar ke lebuhraya utara selatan. Kami keluar ikut tol susur keluar Gopeng dan terus ke Lumut. Sampai di Lumut pada pukul 4.00 petang (8 jam perjalanan).
Lepas tu terus naik feri ke Pulau Pangkor. Tambang pergi balik cuma RM10.00 seorang. Perjalanan feri mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Sampai di Jeti Pangkor terus ambil teksi ke tempat menginap. Kami menginap di Purnama Beach Resort , Teluk Nipah.
Hari pertama cuma berehat dan berjalan di sekitar hotel.
Keesokan pagi baru pergi ke pantai Teluk Nipah berdekatan dengan hotel. Seronok dapat berkayak, kemudian menaiki speed bot menyusuri pulau dan dapat melihat batu berbentuk buaya dan penyu. Kemudian mandi-manda di pantai Teluk Nipah yang sangat cantik pemandangan semulajadinya. Tengahari baru balik ke hotel untuk berehat.
Petang pulak mengelilingi pulau dengan teksi (lebih kurang 1 jam perjalanan) sambil membeli hasil-hasil laut (ikan bilis , sotong dan sebagainya). Malam pulak makan ikan bakar di tepi pantai. Hari ni baru ramai pengunjung datang check inn.
Keesokan harinya bertolak balik ke jeti Lumut. Ramainya pengunjung sedang menunggu feri untuk ke Pulau Pangkor. Nasib baik datang bercuti lebih awal, kalau tidak tentu berebut untuk naik feri.
Bertolak balik dari Lumut pada jam 2.00 petang. Kali ni balik ikut Simpang Pulai-Cameron Highland-Gua Musang, sebab nak balik ke Kuala Terengganu ikut Tasik Kenyir. Sempat pulak singgah di Cameron Highland untuk beli sayur-sayuran segar. Sesak di Cameraon Highland sebab ramai yang bercuti ke sana. Dalam pukul 5.00 baru bertolak dari Cameron Highland.
Kemudian berhenti sembahyang di tempat rehat sempadan CameronHighland-Gua Musang. Nasib baik jumpa rakan sekerja yang nak balik ke Kuala Terengganu. Mereka bercuti di Cameron Highland. So, kami terus berkonvoi balik bersama melalui Jalan Felda Aring-Tasik Kenyir. Sampai kat Kuala Terengganu lebih kurang pukul 12.00 malan sebab jalan di Felda Aring rosak teruk dan berlubang, jadi kena memandu perlahan.
Alhamdulillah, percutian ini walaupun memenatkan tetapi tetap menyeronokkan dapat melihat tempat-tempat menarik di Malaysia.
Jumpa lagi.

Friday, January 1, 2010
Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2010
Salam Maal Hijrah 1431 dan selamat tahun baru 2010 kepada semua umat Islam di dunia. Semoga terus dipanjangkan umur dan murah rezeki. Tingkatkan lagi ilmu dan amal ibadat.
Subscribe to:
Posts (Atom)